Thursday, August 19, 2010

Tahukah Anda Keindahan Doa Qunut???

Mungkin ramai di antara kita hanya mampu/ tahu untuk membaca/ menghafal Doa Qunut yg hukum membacanya sunat di dalam solat subuh. Namun adakah kita tahu bahawa ia adalah sunat yang dituntut???....Satu masa dulu ramai yang mempertikaikan bacaan Doa Qunut dalam solat Subuh, ada yang tidak mahu membacanya pun. Di sini Nour ingin kongsikan bersama mengapa perlu membacanya? Kerana kalau anda semua tahu maksud tersirat disebalik doa ini mungkin anda akan rasa ianya sebagai pelengkap doa bagi memulakan hari kita. Mungkin juga setelah kita ketahui maksud disebalik doa ini akan mendorong kita untuk mengingat dan mengamalkannya. Maksud doa ini Nour ambil dari buku sekolah agama dulu, masa tu rasanya umur dalam 8 atau 9 tahun kot..hehehe Alhamdulillah masih dalam simpanan lagi. Buku ini jugalah yang masih lagi menjadi rujukan Nour walaupun sudah berusia. Mari sama-sama kita dalami maksud disebalik Doa Qunut dari buku ini:

 1. Ya Allah tunjukanlah aku sebagaimana mereka yang Engkau telah tunjuk

2. Dan berikanlah kesihatan kepada ku sebagaimana mereka yang Engkau telah berikan kesihatan

3. Dan pimpinlah aku sebagaimana  mereka yang Engkau telah pimpin

4. Dan berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan

5. Dan peliharalah aku dengan limpah kurnia Engkau dari kejahatan yang Engkau turunkan

6. Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukumkan, bukan Engkau yang terkena hukum

7. Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin

8. Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi

9. Maha berkat Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi

10. Maka bagi Engkau pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.

11. Dan memohon ampun dari Engkau dan taubat

12. Dan Allah sejahterakan junjungan kami Muhammad yang umi dan sejahtera atas keluarga dan sahabatnya.

Mudah-mudahan kita diberi petunjuk & hidayah-NYA....

Sumber dari buku untuk dikongsi bersama: Risalah Fiqh da Tauhid oleh Ghazali Hj Siraj

0 comments:

Post a Comment