"Wahai Ali, apabila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka suruhlah ia tanggalkan kasutnya ketika duduk dan suruhlah ia membasuh kedua-dua kakinya. Sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan 70 jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah s.w.t menurunkan 70 rahmat yg sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga keberkatan itu sentiasa maratai setiap penjuru rumahmu & pengantin itu sejahtera dari penyakit (gila, sawan & sopak) selagi mana ia berada di dalam rumah tersebut."
dan
"Laranglah pengantin itu dari memakan & meminum makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu Susu, Cuka, Coriander (Ketumbar) & Apple Masam" ....Saidina Ali pun bertanyakan mengapa makanan ini dilarang? Maka Rasulullah s.a.w menjawab: "Kerana rahim perempuan itu kering & sejuk, dengan sebab dari perkara inilah yg menghalang dari mendapat zuriat."
Saidina Ali: Ya Rasulullah mengapa cuka itu dilarang?
Rasulullah s.a.w: Apabila ia minum cuka semasa haid sesungguhnya ia tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna....Ketumbar ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepada kelahiran... Apple masam pula ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu sahaja.
Semoga menjadi pengetahuan untuk kita semua begitu juga mengingatkan Nour.
Sumber dari Internet dicetak tahun 2004 untuk dikongsi bersama.












0 comments:
Post a Comment