Monday, August 9, 2010

Marhaban Ya Ramadhan

Hari ini terasa syahdu bila mengingatkan bulan Ramadhan yg bakal menghampiri kita umat Muhammad s.a.w. Terasa gembira bercampur terharu menyambut bulan yg mulia ini. Teringat masa dulu-dulu sebelum kahwin la, balik kerja destinasi yg rutin bagiku ialah Masjid As-Syakirin dekat KLCC. Masjid inilah menjadi tempat ibadat yg best sekali pada masa tu. Bila habis kerja naik shuttle van yg company sediakan terus ke LRT Bandar Tun Razak (BTR) pastu naiklah tren ke Masjid Jamek, kemudian interchange stesen PUTRA LRT ke KLCC. Masa tu rasa penat hilang bila mengingatkan "aku mahu menjadi tetamu Mu Ya Allah", maka semua rasa penat hilang.


Di masjid tu ada menyediakan hidangan berbuka puasa bagi yang mahu bersedekah. Memang aku join sekali sebab nak merasai bagaimana rasanya sebagai seorang muslim yang musafir/ fakir. Selalunya sebelum waktu berbuka akan ada Ustadz yg memberi ceramah sambil hidangan disediakan bersama kurma juga. Apabila tiba waktu berbuka kami beramai-ramai doa dan berbuka dgn hanya beberapa biji kurma dulu dimana yg lainnya dimakan selepas solat maghrib berjemaah. Sementara menunggu solat terawih pula muslimin & muslimat semua mengisi masa yg terluang dengan bacaan ayat-ayat suci Al-quran, solat sunat atau beri'tiqaf. Aku dapat lihat berbagai jenis umat Islam dari pelbagai negara juga yg solat di situ .

Untuk Qiamullail pula akan diadakan pada beberapa hari awal , pertengahan dan akhir (iaitu malam ganjil)bulan Ramadhan. Waktu Qiamullail diadakan ialah 3am tapi kami akan bangun awal jam 2.30am untuk bersiap sedia menghadapkan diri kepada Allah s.w.t. di waktu ini kita dapat lihat keindahan di malam & subuh hari Masjid As-Syakirin yg tersergam indah, bandar KL yg sunyi sepi juga indah, taman-taman & ciptaan-NYA yg indah...Subhanallah. Apabila Qiamullail dimulakan, begitu syahdu bacaan dan zikir serta doa yang dibacakan, memang aku terasa ni'matnya bulan yang mulia ini Ya Allah. Aku teringat dihari akhir Qiamullail diadakan kerana hendak berakhirnya bulan Ramadhan...Ustadz yg mengimamkan kami pada masa itu memberitahu pada kami "Muslimin & Muslimat sekalian, Ramadhan bakal mengakhiri kita maka akan ditetapkanlah umur, rezeki, dugaan dan semuanya untuk kita pada tahun itu, marilah kita bersama-sama berdoa agar dapat dipanjangkan usia kita hingga ke bulan Rejab, Syaaban & Ramadhan yg seterusnya...kerana kita tidak akan tahu bagaimana usia/ rezeki selepas buku itu diangkat ke langit..." Memang menitis air mata aku, ada seorang makcik agaknya dah tak dapat tahan sebak tagisannya memang menyentuh hati ku dan para jemaah wanita yang lain, namun aku hanya mampu tunduk dan menahan rasa sebak di hati. Apabila sampai dipenghujung bulan yg mulia itu memang aku mengharapkan bahawa "alangkah bagusnya jika bulan ini dipanjangkan lagi" terasa diri ini cukup kerdil dan hina untuk mohon. Tetapi firman Allah s.w.t bahawa“Berdoalah kepada-Ku...” (Abu Daud dan at-Tirmidzi)membuatkan aku kuat untuk memohon dari-NYA.

Namun, hari terus berlalu hingga kini. Masa yang singkat, usia dan tanggungjawab meningkat juga menjadi dugaan bagiku yang merindukan keindahan bulan yg mulia ini. Alhamdulillah aku berkongsi pengalaman ini bersama suami yg tercinta dan ia menjadi pendorong & pembakar semangat kepada kami untuk mengisi ibadah di bulan mulia yg bakal tiba nanti.....Insyaallah.

Mudah-mudahan dibulan yg mulia nanti marilah bersama-sama kita menambah amal bakti kita kepada-NYA, mengabdikan diri kepada-NYA. Semoga kita diberi petunjuk & hidayah-NYA dan mendapat keredhaan-NYA amin...

Salam Ramadhan
~nours~

0 comments:

Post a Comment