Semalam singgahlah dekat bazar Ramadhan dekat rumah, nak jugak sekali sekala merasa lauk beli ni. Ramainyer orang membeli & meniaga, memang inilah trademark bulan pose kat Malaysia. Masa nilah macam-macam makanan baru ada lama pun sama jugak, kuih-muih, air-air macam2 lagi lah. Disebabkan semua dah tau bulan pose mesti jame kan so Nour ngan husband naiklah motor sebab nanti senang nak parking nak cilok pun senang hehehe.... Kami berjalan sepanjang bazar tapi tak sampai penghujungnya pun Nour dah patah balik sebab pening ramai sangat. Masa dah u-turn tu singgah jap dekat satu kedai nih beli lauk Lemak Cili Padi Jering you.....jangan mare...kakak tu "tanya nak bape dik?" Nour beritau "ermmmm nak RM2.00 kak", coz berdua jer yg nak makan tu pun. Masa nilah Nour punya terkezut, , melihatkan betapa ciputnyer akak tu bagi dah tu ada pulak lagi sebiji dua jering tu nak dibuang-buang lagi...aduhhhhh...dalam hati "Ya Allah memang aku tak beli dah lepas ni lauk kat luar" tapi kalo lauk yg unik-unik tu beli lah jugak kan kuih-kuih ker. Nour tengok muka husband, husband pun tengok muka Nour nak gelak tak boleh nanti nampak sangat, so kami pun senyum kambing jer la masa tu. Lastly kami beli satu lauk jer yg lain memang kena masak. Rasanya macam cepatnyer harga naik ...tapi nak buat macam mana kan mungkin keadaan yg mendesak kot. Uncle kat kedai cakap bulan pose ni 3 kali ganda orang order gas. Yer lah kan bulan ni ramai yg dapat balik awal so ada yg balik masak untuk family.
Kalo cerita pasal masak ni kan memang simbolik sikit tau. Cuba kita bezakan makan masakan luar dengan yg masak sendiri punyer, ada beza tak? Nour rasa ada, coz ini husband yg beritahu makan masakan rumah rasa puas & kenyang walaupun nasi ngan telur ajer...hehehe... kena banyak idea jugak nak masak apa untuk berbuka kan...okeylah apa-apa pun Insyaallah kalo ada masa semua mesti masak kan, cuma kesibukan masa yg tidak mengizinkan...Di bulan yg mulia ini jangan kita berbelanja berlebih-lebihan especialy dalam makanan, nanti membazir pulak, sayang tau... Manfaatkanlah bulan ini dengan sebaik-baiknya kerana menurut Hadith Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
“Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan.”
Oleh itu janganlah kita terpedaya dengan hasutan dan bisikan jahat lagi, kerana malaikat sentiasa mendoakan kita & rahmat-NYA terbentang luas untuk kita umat Muhammad s.a.w.
~Ramadhan Kareem~













0 comments:
Post a Comment