Malu? Malu bertanya? Malu belajar agama? Malu mengaji? Janganlah kita sekali-kali mewujudkan rasa malu ini untuk menuntut ilmu ke jalan Allah s.w.t. Kenapa perlu kita merasa malu untuk menuntut ilmu Allah? Sedangkan itulah yang dituntut oleh kita sebagai umat Muhammad s.a.w. Percayalah....semakin kita meletakkan perasaan malu itu dalam diri untuk menimba ilmu Allah ini, semakin jauhlah kita dari jalan-NYA. Itu juga adalah salah satu mainan syaitan untuk memesongkan kita dari landasan-NYA. Pandai sungguh syaitan ini mengelirukan anak-anak Adam a.s dengan perasaan malu. Nour pernah terbaca di blog lain, tentang iblis yang senantiasa mengganggu anak-anak Adam, nantilah kalau ada masa Nour selongkar balik kitab-kitab lama yang ada info tu ok?
Pernah saudara se Islam cakap pada Nour ' eleh.....nama jer pakai tudung tapi buat juga maksiat, orang tak pakai tudung kadang-kadang lebih baik dari yang pakai tudung'..Punyalah Nour terkejut dengar ayat ini keluar dari seorang saudara Muslim untuk saudaranya. Nour pun jawab 'sebenarnya tiada kena mengena maksiat tu dengan orang pakai tudung/tidak, cuma yg pakai tudung dapat pahala dia pakai tudung dan kalau dia buat maksiat dia dapatlah dosa ...kalau yg tak pakai tudung dapatlah dosa dan kalau dia buat kebaikan dapatlah pahala itu ajer bezanya'... lastly dia jawab 'eleh....sama jer', Nour pun senyumlah & dalam hati berkata 'dah la Nour jangan nak bertegang anak tekak dgn orang yang Tuhan belum kurniakan petunjuk lagi'..ayat ni bukan Nour reka-reka tau, ayat ni Nour baca dalam sebuah buku agama (lama dah lupa tajuk apa)..ayat tu mengatakan bahawa 'Janganlah engkau bertegang urat (bertekak) dengan orang yang tidak akan Ku berikan petunjuk kepadanya' (lebih kurang macam tu lah maksudnya)....Sorry, jauh pulak meleret hehehe....ok sambung balik....
Nour memang beri galakkan pada kakak tu...Alhamdulillah, pada Ramadhan seterusnya company offer kelas mengaji lagilah seronok kami semua. Tidak mengira umur, pangkat dan usia semuanya mengaji bersama-sama dengan Ustadz. Dan itulah pertama kali Nour baca Iqra', sebab dulu-dulu mengaji muqaddam lama color merah hehehe....memang kekok rasanya 1st time mengaji guna Iqra'...bukan apa bagi Nour even though kita dah Qatam bape kali ker atau dah naik Al-Quran ker, apa salahnya ulangkaji kan :) ....Memang sweet memory....
Nour ada dengar di Kuala Lumpur ada satu tempat ni offer kelas mengaji percuma, kalau ada yang dah lancar mengaji dia orang akan test dulu kemudianbaru ditetapkan kita layak atau tidak ulang kelas muqaddam. Rasanya macam area stesen LRT Dang Wangi kot...Alhamdulillah ada jugak yang sanggup ajar mengaji dengan percuma....Mudah-mudahan Allah memberi ganjaran pahala kepada mereka ini.
Sudah!! jangan kita malu-malu nak belajar ilmu Allah ni. Yang penting kita usaha dan dorong kepada sesiapa yang bukan saja mahu tapi berniat ke jalan ini, Insyaallah dipermudahkan Allah. Kalau terdapat kesukaran, anggaplah ia sebagai dugaan Allah pada kita. Kalau dibaca Al-Quran tu setiap hari...Masya'Allah memang terasa hi'mahnya..Hanya Allah yang tahu.
Selamat Beramal :)













0 comments:
Post a Comment