Monday, August 23, 2010

Mintalah Hajat Mu...

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Atha' berkata:

"Siapa yg sembahyang 12 rakaat tanpa diseling dengan bicara, kemudia sesudah selesai sembahyang itu lalu dibaca:

1) Al-Fatihah 7 kali
2) Ayat Al-Kursi 7 kali
3) Laa ilaha illaalah wahdahu la syarikalahu, lahul mulku walahul hamdu wahuwa a'la kulli syai in qodir 10kali

Kemudian sujud dan membaca:

Allahumma inni asaluka bimaa'qidil i'zimin a'rushika wamun taharrohmati min kitabika wabismikal a'zim wajaddikal a'la wakalimatikattammah.


Kemudian ia minta apa yang ia hajatkan, Insya Allah tercapailah hajatnya dan terkabul permintaannya."

Sumber dari buku untuk dikongsi bersama :
Tanbihul Ghafilin oleh Abulaits Assamarqandi-H. Salim Bahreisy

Thursday, August 19, 2010

Tahukah Anda Keindahan Doa Qunut???

Mungkin ramai di antara kita hanya mampu/ tahu untuk membaca/ menghafal Doa Qunut yg hukum membacanya sunat di dalam solat subuh. Namun adakah kita tahu bahawa ia adalah sunat yang dituntut???....Satu masa dulu ramai yang mempertikaikan bacaan Doa Qunut dalam solat Subuh, ada yang tidak mahu membacanya pun. Di sini Nour ingin kongsikan bersama mengapa perlu membacanya? Kerana kalau anda semua tahu maksud tersirat disebalik doa ini mungkin anda akan rasa ianya sebagai pelengkap doa bagi memulakan hari kita. Mungkin juga setelah kita ketahui maksud disebalik doa ini akan mendorong kita untuk mengingat dan mengamalkannya. Maksud doa ini Nour ambil dari buku sekolah agama dulu, masa tu rasanya umur dalam 8 atau 9 tahun kot..hehehe Alhamdulillah masih dalam simpanan lagi. Buku ini jugalah yang masih lagi menjadi rujukan Nour walaupun sudah berusia. Mari sama-sama kita dalami maksud disebalik Doa Qunut dari buku ini:

 1. Ya Allah tunjukanlah aku sebagaimana mereka yang Engkau telah tunjuk

2. Dan berikanlah kesihatan kepada ku sebagaimana mereka yang Engkau telah berikan kesihatan

3. Dan pimpinlah aku sebagaimana  mereka yang Engkau telah pimpin

4. Dan berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan

5. Dan peliharalah aku dengan limpah kurnia Engkau dari kejahatan yang Engkau turunkan

6. Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukumkan, bukan Engkau yang terkena hukum

7. Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin

8. Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi

9. Maha berkat Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi

10. Maka bagi Engkau pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.

11. Dan memohon ampun dari Engkau dan taubat

12. Dan Allah sejahterakan junjungan kami Muhammad yang umi dan sejahtera atas keluarga dan sahabatnya.

Mudah-mudahan kita diberi petunjuk & hidayah-NYA....

Sumber dari buku untuk dikongsi bersama: Risalah Fiqh da Tauhid oleh Ghazali Hj Siraj

Wednesday, August 18, 2010

Keindahan Disebalik Doa Solat Tahajjud

Ya Allah!
Bagi Mu kepujian,
Engkau cahaya di langit dan di bumi,
Bagi Mu kepujian yang mendirikan langit dan bumi
Bagi Mu kepujian Tuhan dilangit dan dibumi dan segala yang terkandung padanya.

Ya Allah!
Engkau yang Maha Besar,
Janji Mu adalah benar,
syurga Mu adalah benar,
neraka Mu adalah benar, dan
Hari kiamat Mu adalah benar, dan
Muhammad adalah benar.


Ya Allah!
Kepada Mu aku telah berserah, dan
Dengan Mu aku beriman, dan
Kepada Mu aku bertawakal, dan
Kepada Mu aku bertaubat, dan
Kepada Mu aku mengadu, dan
Kearah Mu aku menghakimi,
Ampunilah dosa-dosa yang telah aku dahulukan dan kemudianka, dan
Dirahsiakan dan dilahirkan,
Engkaulah yang Maha Awal, dan
Engkaulah yang Maha Akhir tiada Tuhan melainkan Mu Ya Alla.

Ya Allah!
Tuhan Jibril, Mikail, Israfil,
Yang menciptakan langit dan bumi,
Yang mengetahui segala yang ghaib dan yang zahir,
Engkaulah yang mengadili antara hamba Mu pada perkara yang mereka berselisihan,
Hidayatkanlah kepadaku suatu kebenaran pada perkara yang mereka berselisihan dengan izin Mu,
Sesungguhnya Engkau yang memberi hidayat kepada sesiapa yang Engkau mahu ke arah jalan yang lurus.

Sumber dari buku untuk dikongsi bersama:
Doa-doa eksklusif oleh Datuk Hj. Rashid Redza dan Hj. Md. Salleh (Mufti Melaka)

Keindahan Disebalik Doa Istikarah

Ya Allah!
Aku pohon pilihan (minta petunjuk) daripada Engkau dengan pengetahuan Engkau, dan
Aku pohon ketentuan Engkau dengan kekuasaan Engkau, dan
Aku pohon ketentuan Engkau dengan kekuasaan Engkau, dan
Aku pohon limpah kurniaan Engkau yang Maha Besar,
Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa,
Engkau Maha mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui segala perkara yang ghaib.



Ya Allah!
Seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini baik bagiku,
Baik pada agamaku,
Kehidupanku dan kesudahan urusanku samada cepat atau lambat,
Maka tetapkanlah ia untukku dan Engkau permudahkanlah ia bagiku, dan
Engkau berkatkanlah bagiku padanya, dan
Seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku,
Keburukan pada agamaku,
Kehidupan dan kesudahan urusanku cepat atau lambat,
Maka Engkau palingkanlah ia daripadaku dan palingkanlah aku daripadanya,
Engkau tetapkanlah kebaikkan untukku di mana sahaja, dan
Engkau redhakanlah aku dengannya.

Sumber dari buku untuk dikongsi bersama:
Doa-doa Eksklusif oleh Datuk Hj. Rashid Redza & Hj. Md. Saleh (Mufti Melaka)

hEY~hAI~HeY~hAI~~ALGA~~~ (jangan marah u...)

~ ALGA ~


Video ni diambil masa malam dinner Induksi di Trolak. Sorry guys & ladiez cause lambat download video ni. Seronok masa tu kan? Masa ambil candid video ni ramai yang ingat Nours nak snap gambor tapi sebenarnya video hehehe. Insyaallah next week kita jumpa. For me Alga is the best group i ever met & very sporting too. Kalau ada video yang buat kayak tu lagi best, lawaknyer......kita siap awal kita yang karam dulu kihkihkih. Okeylah have a nice day and take care...Miss u all  : -D

Tuesday, August 17, 2010

Words For Today


"Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya,
 dan bukti ilmunya ialah ucapannya.”

Sumber dari buku untuk dikongsi bersama: Hadiah Untuk Wanita~Ustazah Siti Nor Bahyah

Words For Today


Oleh itu ingatlah para isteri, sentiasalah bersyukur dengan apa yang telah diberikan kepada kita oleh suami

Sumber dari buku untuk dikongsi bersama: Hadiah Untuk Wanita~Ustazah Siti Nor Bahyah

Monday, August 16, 2010

Keindahan Disebalik Doa Solat Hajat

Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Penyantun dan Maha Mulia,
Maha suci Allah, Tuhan 'Arasy yang agung,
Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan semesta alam.

Ya Allah!
Aku memohon kepada Mu perkara-perkara yang dapat menurunkan rahmat Mu dan
Menguatkan pengampunan Mu serta,
Memperolehi kebaikan, menyelamatkan dari kejahatan,
Memperolehi syurga dan selamat dari api neraka.

Ya Allah!
Janganlah Engkau biarkan padaku apa jua dosa melainkan Engkau ampunkannya,
Janganlah Engkau biarkan apa jua kekusustan me;ainkan Engkau rungkaikan kekusutan itu,
Juga apa jua hajat yang Engkau redhai melainkan Engkau tunaikan.
Wahai Tuhanku yang Maha Pengasih dalam kalangan yang mengasihi.


Ya Allah!
Sesungguhnya Engkau mendengar ucapanku,
Melihat tempat tinggalku,
Mengetahui zahir dan batinku ,
Sesungguhnya tiada satupun dari urusanku yang tersembunyi dari Mu,
Ya Allah, aku adalah hamba Muyang sengsara dan amat memerlukan ,
Hamba Mu yang meminta dan memohon pertolongan ,
Hamba Mu yang takut yang minta dikasihani,
Yang mengakui dan mengatakan semua dosa-dosanya kepada Mu.


Ya Allah!
Aku memohon kepada Mu sebagaimana memohonnya orang yang miskin,
Aku berdoa kepada Mu sebagaimana doa orang yang berdosa yang amat hina,
Aku memohon kepada Mu seperti seorang penakut lagi buita,
Juga seperti berdoanya orang yang menundukkan jiwanya dan merendahkan wajahnya kepada Mu.

Sumber dari buku untuk dikongsi bersama: Doa-doa Eksklusif oleh Datuk Hj. Rashid Redza, Hj. Md. Salleh (Mufti Melaka)

Keindahan Disebalik Doa Solat Dhuha

Ya Allah!
Bahawasanya waktu Dhuha itu adalah waktu Dhuha-Mu,
Keindahan itu adalah keindahan Mu,
Kecantikan itu adalah kecantikan Mu,
Kekuatan itu adalah kekuatan Mu,
Kekuasaan itu adalah kekuasaan Mu dan,
Perlindungan itu adalah perlindungan Mu.

Ya Allah! Ya Tuhanku,
Jika rezeki ku berada di atas langit maka turunkanlah, dan
Jika berada di perut bumi maka keluarkanlah, dan
Jika sukar maka permudahkanlah,
Jika haram maka sucikanlah,
Jika masih jauh maka dekatkanlah.

Berkat waktu Dhuha Mu, Keagungan Mu, Keindahan Mu Kekuatan dan Kekuasaan Mu,
Limpahkanlah kepada kami  segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.

Sumber dari buku untuk dikongsi bersama: Doa-doa Eksklusif oleh Datuk Hj. Rashid Redza, Hj. Md. Salleh (Mufti Melaka)

Words For Today

Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit di dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik.

(Surah Al-Ahzab 32)

Sumber dari buku untuk dikongsi bersama: Hadiah untuk wanita~Ustazah Siti Nor Bahyah

Kisah Taubat

Pada suatu hari Umar masuk kpd Nabi s.a.w sambil menangis dan ditanya:

Nabi s.a.w : Ya Umar mengapa kau menangis?
Umar : Ya Rasulullah di muka pintu ini ada seorang pemuda telah membakar hatiku sambil menangis

Nabi s.a.w : Ya Umar masukkan ia kepadaku




Maka dimasukkan sambil menangis dan ditanya oleh Nabi s.a.w:

Nabi s.a.w : Hai pemuda apakah yg menyebabkan kau menangis?
Pemuda : Ya Rasulullah, aku menangis kerana dosa-dosaku banyak, sedang aku takut kepada Tuhan yg maha perkasa sedang murka kepadaku
Nabi s.a.w : Apakah kau mempersekutukan Allah wahai pemuda?
Pemuda : Tidak
Nabi s.a.w : Apakah kau membunuh jiwa tanpa hak?
Pemuda : Tidak
Nabi s.a.w : Maka Allah mengampunkan dosa mu walaupun sebesar tujuh petala langit, bumi dan bukit-bukit
Pemuda : Ya Rasulullah dosaku lebih besar dari langit, bumi dan bukit-bukit
Nabi s.a.w : Dosa mu lebih besar dari Al-kursi?
Pemuda : Dosaku lebih besar
Nabi s.a.w : Dosa mu lebih besar dari Arsy?
Pemuda : Dosaku lebih besar
Nabi s.a.w : Lebih besar dari ma'afnya Allah?
Pemuda : Lebih besar dari ma'afnya Allah?
Nabi s.a.w : Sungguh tidak dpt mengampunkan dosa besar kecuali Allah yg maha besar, yg besar ma'af dan ampun-NYA. Hai Pemuda, beritakan kepada ku apakah dosa mu itu?
Pemuda : Aku malu dari engkau Ya Rasulullah
Nabi s.a.w (menekan) : Beritakan kpd ku apakah dosa mu itu?
Pemuda : Ya Rasulullah, aku penggali kubur sejak 7 tahun dan pada suatu hari aku menggali kubur gadis dari Anshar dan setelah aku telanjangi dr kafannya, aku tinggalkan, tetapi tidak jauh bangkit hawa nafsuku, maka aku kembali setubuhi mayat gadis itu sehingga puas lalu aku tinggalkan, belum jauh tiba-tiba gadis itu bangkit dan berkata kpd ku "celaka kau wahai pemuda, tidakkah malu engkau dari Tuhan yg akan membalas pd hari pembalasan kelak, bila tiba masanya tiap orang zalim akan dituntut oleh orang yg dianiaya, kau biarkan aku telanjang dan kau hadapkan aku dihadapan Allah sbg orang jenabat".



Rasulullah mendengar keterangan itu segera bangkit bagaikan terdorong dari belakang sambil berkata:

Nabi s.a.w : Hai fasik, Alngkah layaknya engkau masuk neraka, keluarlah dari sini

 
Maka keluarlah pemuda itu bertaubat kpd Allah selama 40 hari dan pd malam ke 40 pemuda itu melihat ke langit sambil berdoa:
Pemuda : Ya Tuhannya Nabi Muhammad, Nabi Adam dan Hawa, jika Engkau telah mengampunkan aku maka beritahu kpd Nabi Muhammad dan sahabat-sahabatnya, jika tidak kirimkan pd ku api dr langit dan bakarlah aku di dunia ini selamatkanlah aku dr seksa akhirat.


Maka turunlah malaikat Jibril kpd Nabi s.a.w dan sesudah memberi salam Jibril berkata:

Jibril : Ya Muhammad, Tuhan mu memberi salam kpd mu
Nabi s.a.w : Dialah Assalam dan drpd-NYA salam dan kpd-NYA segala keselamatan
Jibril : Allah bertanya, apakah kau menjadikan makhluk?
Nabi s.a.w : Bahkan Allah yg menjadikan aku dan semua makhluk
Jibril : Apakah kau yg memberi rezeki kpd mereka?
Nabi s.a.w : Bahkan Alllah yg memberikan rezeki kpd mereka
Jibril : Apakah kau memberi taubat kpd mereka?
Nabi s.a.w : Bahkan Allah yg memberi taubat kpd ku dan kpd mereka
Jibril : Allah berfirman bahawa 'Ma'afkanlah hambaku itu, kerana aku telah mema'afkan padanya.

 Maka Nabi s.a.w segera memanggil pemuda itu dan diberitahu padanya bahawa Allah telah memberi taubat kepadanya dan mema'afkannya.



***Semoga kejadian ini menjadi iktibar dan panduan untuk kita bersama***


Sumber dari buku: Tanbihul Ghafilin,Peringatan Bagi Yang Lupa oleh Abullaits Assamarqandi - H. Salim Bahreisy

Sunday, August 15, 2010

Kepada Bakal Pengantin Perempuan

Nour ada secebis info nak share dari kitab-kitab lama yg baru diselongkar weekand ari tu, ia tentang perkara yg perlu semua bakal pengantin perempuan ambil berat sebab kalau Nour tak baca pun tak tahu apa akibatnya. Menurut sumber sebelum ini hinggalah kepada Al-Khudri yg berkata "Rasulullah s.a.w telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib, Baginda bersabda:

"Wahai Ali, apabila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka suruhlah ia tanggalkan kasutnya ketika duduk dan suruhlah ia membasuh kedua-dua kakinya. Sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan 70 jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah s.w.t menurunkan 70 rahmat yg sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga keberkatan itu sentiasa maratai setiap penjuru rumahmu & pengantin itu sejahtera dari penyakit (gila, sawan & sopak) selagi mana ia berada di dalam rumah tersebut."

dan

"Laranglah pengantin itu dari memakan & meminum makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu Susu, Cuka, Coriander (Ketumbar) & Apple Masam" ....Saidina Ali pun bertanyakan mengapa makanan ini dilarang? Maka Rasulullah s.a.w menjawab: "Kerana rahim perempuan itu kering & sejuk, dengan sebab dari  perkara inilah yg menghalang dari mendapat zuriat."

Saidina Ali: Ya Rasulullah mengapa cuka itu dilarang?
Rasulullah s.a.w: Apabila ia minum cuka semasa haid sesungguhnya ia tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna....Ketumbar ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepada kelahiran... Apple masam pula ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu sahaja.

Semoga menjadi pengetahuan untuk kita semua begitu juga mengingatkan Nour.

Sumber dari Internet dicetak tahun 2004 untuk dikongsi bersama.

Cepatnyer....

Rasanya macam masa berlalu dengan pantas sekali. Mungkinkah kerana sibuk? atau memang pun ianya berlalu dengan cepat? Saban hari dalam bulan Ramadhan yg mulia ini, tak nak Nour menghitung hari kerana sedih akan berakhirnya bulan yg mulia ini. Dengan kesibukan harian kita terhadap tanggungjawab terasa berat hati ini nak menghitung. Kalaulah boleh masa ini dipanjangkan alangkah indahnya, namun ini memang sudah menjadi ketetapan yg Esa untuk kita manfaatkan sepenuhnya.  Bulan ini Alhamdulillah kelas berjalan lancar  namun assignmentnya boleh tahan juga. Walaupun satu jer subject semester ini, tapi contentnyer memang pack sekali. Bila difikir-fikirkan balik nasib baik amik sekarang sebab short semester kalau tidak mungkin makin pack lah lagi untuk semester akan datang.

Semalam singgahlah dekat bazar Ramadhan dekat rumah, nak jugak sekali sekala merasa lauk beli ni. Ramainyer orang membeli & meniaga, memang inilah trademark bulan pose kat Malaysia. Masa nilah macam-macam makanan baru ada lama pun sama jugak, kuih-muih, air-air macam2 lagi lah. Disebabkan semua dah tau bulan pose mesti jame kan so Nour ngan husband naiklah motor sebab nanti senang nak parking nak cilok pun senang hehehe.... Kami berjalan sepanjang bazar tapi tak sampai penghujungnya pun Nour dah patah balik sebab pening ramai sangat. Masa dah u-turn tu singgah jap dekat satu kedai nih beli lauk Lemak Cili Padi Jering you.....jangan mare...kakak tu "tanya nak bape dik?" Nour beritau "ermmmm nak RM2.00 kak", coz berdua jer yg nak makan tu pun. Masa nilah Nour punya terkezut, , melihatkan betapa ciputnyer akak tu bagi dah tu ada pulak lagi sebiji dua jering tu nak dibuang-buang lagi...aduhhhhh...dalam hati "Ya Allah memang aku tak beli dah lepas ni lauk kat luar" tapi kalo lauk yg unik-unik tu beli lah jugak kan kuih-kuih ker. Nour tengok muka husband, husband pun tengok muka Nour nak gelak tak boleh nanti nampak sangat, so kami pun senyum kambing jer la masa tu. Lastly kami beli satu lauk jer yg lain memang kena masak. Rasanya macam cepatnyer harga naik ...tapi nak buat macam mana kan mungkin keadaan yg mendesak kot. Uncle kat kedai cakap bulan pose ni 3 kali ganda orang order gas. Yer lah kan bulan ni ramai yg dapat balik awal so ada yg balik masak untuk family.

Kalo cerita pasal masak ni kan memang simbolik sikit tau. Cuba kita bezakan makan masakan luar dengan yg masak sendiri punyer, ada beza tak? Nour rasa ada, coz ini husband yg beritahu makan masakan rumah rasa puas & kenyang walaupun nasi ngan telur ajer...hehehe... kena banyak idea jugak nak masak apa untuk berbuka kan...okeylah apa-apa pun Insyaallah kalo ada masa semua mesti masak kan, cuma kesibukan masa yg tidak mengizinkan...Di bulan yg mulia ini jangan kita berbelanja berlebih-lebihan especialy dalam makanan, nanti membazir pulak, sayang tau... Manfaatkanlah bulan ini dengan sebaik-baiknya kerana menurut Hadith Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :

 “Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan.”

Oleh itu janganlah kita terpedaya dengan hasutan dan bisikan jahat lagi, kerana malaikat sentiasa mendoakan kita & rahmat-NYA  terbentang luas untuk kita umat Muhammad s.a.w.

~Ramadhan Kareem~

 

Thursday, August 12, 2010

Ganjaran Solat Terawikh


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam KesepuluhAllah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.


11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.


21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Sumber dari Internet untuk dikongsi bersama
~Selamat Beramal~


Wednesday, August 11, 2010

Wirid Harian

Berkata Imam Ghazali Rahimullah  : 
"Barangsiapa mengamalkan wirid ini pada hari-hari tertentu Insyaallah akan terbukalah segala pintu kebahagiaan dihari-hari akan datang"


Jumaat  ~ Ya Allah
Sabtu  ~ Laailaha illallah
Ahad  ~ Ya Hayyu Ya Qoyyum
Isnin  ~ Laa hawla wala kuwwata illa billahil a'liyil a'zim
Selasa  ~  Allahumma solli a'la sayyidina muhammad, nabiyyil ummiyyi wa'alaa aalihi wasohbihi wasallim
Rabu  ~  Astaghfirullah al-a'zim
Khamis ~ Subhanallahil a'zimi wabihamdih

*** Sorry Nour tak dapat gunakan Arabic Fonts ***

Selamat Beramal

sumber dari: Mutiara Amal (Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia)

Doa Mathur Nabi s.a.w


Ya Allah,
Perbaikilah urusan agama ku
yang menjadi pegangan bagi setiap urusan ku,
Perbaikilah dunia ku yang di situlah urusan kehidupan ku,
Perbaikilah akhirat ku yang ke sanalah aku akan kembali,
Jadikanlah hidup ku ini sebagai tambahan kesempatan untuk memperbanyakkan amal kebajikan dan
Jadikanlah kematian sebagai tempat peristirehatan dari setiap kejahatan
Amin Ya Robbalalamin..

Tuesday, August 10, 2010

Sweet Memory


Terima Kasih yang tidak terhingga buat ahli keluarga ku dan suami serta para jemputan  kerana sudi membantu dan  meluangkan masa bersama-sama di hari yang penuh bermakna ini. Hanya Allah yang dapat memberi ganjaran pahala kepada semua dan didoakan agar semuanya berada dibawah kurniaan-NYA...


Monday, August 9, 2010

Antara Malu, Petunjuk & Hidayah

Malu? Malu bertanya? Malu belajar agama? Malu mengaji? Janganlah kita sekali-kali mewujudkan rasa malu ini untuk menuntut ilmu ke jalan Allah s.w.t. Kenapa perlu kita merasa malu untuk menuntut ilmu Allah? Sedangkan itulah yang dituntut oleh kita sebagai umat Muhammad s.a.w. Percayalah....semakin kita meletakkan perasaan malu itu dalam diri untuk menimba ilmu Allah ini, semakin jauhlah kita dari jalan-NYA. Itu juga adalah salah satu mainan syaitan untuk memesongkan kita dari landasan-NYA. Pandai sungguh syaitan ini mengelirukan anak-anak Adam a.s dengan perasaan malu. Nour pernah terbaca di blog lain, tentang iblis yang senantiasa mengganggu anak-anak Adam, nantilah kalau ada masa Nour selongkar balik kitab-kitab lama yang ada info tu ok?

Nour pernah melihat dikalangan saudara se Islam kita yang merasakan malu untuk menuntut ilmu Allah ini. Bila Nour tanya kenapa perlu rasa malu? Dia menjawab 'ye lah kan akak ni dah tua bangka..baru nak belajar mengaji' Nour pun menjawab 'Alhamdulillah'. Terkejut akak tu dengar, dia ingatkan Nour sindir, dia tanya 'kenapa?' ..Nour pun jawab 'Alhamdulillah akak ni dikira terpilih dalam golongan  hamba-NYA yg mendapat petunjuk & hidayah, sebab bukan senang nak dapat kedua-duanya sekali'... Nour pun jelaskan bahawa ada sesetengahnya telah diberikan petunjuk tetapi belum lagi untuk hidayah, ada yang mendapat petunjuk dan hidayah-NYA belum lagi. Sebab itu kita selalu berdoa diberi 'Petunjuk dan Hidayah Mu Ya Allah'...

Pernah saudara se Islam cakap pada Nour ' eleh.....nama jer pakai tudung tapi buat juga maksiat, orang tak pakai tudung kadang-kadang lebih baik dari yang pakai tudung'..Punyalah Nour terkejut dengar ayat ini keluar dari seorang saudara Muslim untuk saudaranya. Nour pun jawab 'sebenarnya tiada kena mengena maksiat tu dengan orang pakai tudung/tidak, cuma  yg pakai tudung dapat pahala dia pakai tudung dan kalau dia buat maksiat dia dapatlah dosa ...kalau yg tak pakai tudung dapatlah dosa dan kalau dia buat kebaikan dapatlah pahala  itu ajer bezanya'... lastly dia jawab 'eleh....sama jer', Nour pun senyumlah & dalam hati berkata 'dah la Nour jangan nak bertegang anak tekak dgn orang yang Tuhan belum kurniakan petunjuk lagi'..ayat ni bukan Nour reka-reka tau, ayat ni Nour baca dalam sebuah buku agama (lama dah lupa tajuk apa)..ayat tu mengatakan bahawa 'Janganlah engkau bertegang urat (bertekak) dengan orang yang tidak akan Ku berikan petunjuk kepadanya' (lebih kurang macam tu lah maksudnya)....Sorry, jauh pulak meleret hehehe....ok sambung balik....

Nour memang beri galakkan pada kakak tu...Alhamdulillah, pada Ramadhan seterusnya company offer kelas mengaji lagilah seronok kami semua. Tidak mengira umur, pangkat dan usia semuanya mengaji bersama-sama dengan Ustadz. Dan itulah pertama kali Nour baca Iqra', sebab dulu-dulu mengaji muqaddam lama color merah hehehe....memang kekok rasanya 1st time mengaji guna Iqra'...bukan apa bagi Nour even though kita dah Qatam bape kali ker atau dah naik Al-Quran ker, apa salahnya ulangkaji kan :) ....Memang sweet memory....
Nour ada dengar di Kuala Lumpur ada satu tempat ni offer kelas mengaji percuma, kalau ada yang dah lancar mengaji dia orang akan test dulu kemudianbaru ditetapkan kita layak atau tidak ulang kelas muqaddam. Rasanya macam area stesen LRT Dang Wangi kot...Alhamdulillah ada jugak yang sanggup ajar mengaji dengan percuma....Mudah-mudahan Allah memberi ganjaran pahala kepada mereka ini.

Sudah!! jangan kita malu-malu nak belajar ilmu Allah ni. Yang penting kita usaha dan dorong kepada sesiapa yang bukan saja mahu tapi berniat ke jalan ini, Insyaallah dipermudahkan Allah. Kalau terdapat kesukaran, anggaplah ia sebagai dugaan Allah pada kita. Kalau dibaca Al-Quran tu setiap hari...Masya'Allah memang terasa hi'mahnya..Hanya Allah yang tahu.

Selamat Beramal :)

Lembaran Hidup Wanita Solehah


Mampukah aku menjadi seperti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah & Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan Fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama.

Dapatkah ku didik jiwa seperti Aishah?
Isteri Rasulullah yg bijaksana
Pendorong tatkala kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan
Lantaran keikhlasan yang sentiasa bersarang
Mengalir air mataku.

Melihat pengorbanan puteri solehah Fatimah
Akur dalam setiap peritah
Taat dengan Ayahandanya yg sentiasa berjuang
Tiada sebarang harta dunia
Layaklah dia penghulu wanita syurga.

Ketika aku marah
Ingin ku intip sepihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah
Mampukah aku menjadi wanita solehah seperti mereka?

Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...

Petikan dari buku: Hadiah Buat Muslimah oleh Ustazah Siti Nor Bahyah

Marhaban Ya Ramadhan

Hari ini terasa syahdu bila mengingatkan bulan Ramadhan yg bakal menghampiri kita umat Muhammad s.a.w. Terasa gembira bercampur terharu menyambut bulan yg mulia ini. Teringat masa dulu-dulu sebelum kahwin la, balik kerja destinasi yg rutin bagiku ialah Masjid As-Syakirin dekat KLCC. Masjid inilah menjadi tempat ibadat yg best sekali pada masa tu. Bila habis kerja naik shuttle van yg company sediakan terus ke LRT Bandar Tun Razak (BTR) pastu naiklah tren ke Masjid Jamek, kemudian interchange stesen PUTRA LRT ke KLCC. Masa tu rasa penat hilang bila mengingatkan "aku mahu menjadi tetamu Mu Ya Allah", maka semua rasa penat hilang.


Di masjid tu ada menyediakan hidangan berbuka puasa bagi yang mahu bersedekah. Memang aku join sekali sebab nak merasai bagaimana rasanya sebagai seorang muslim yang musafir/ fakir. Selalunya sebelum waktu berbuka akan ada Ustadz yg memberi ceramah sambil hidangan disediakan bersama kurma juga. Apabila tiba waktu berbuka kami beramai-ramai doa dan berbuka dgn hanya beberapa biji kurma dulu dimana yg lainnya dimakan selepas solat maghrib berjemaah. Sementara menunggu solat terawih pula muslimin & muslimat semua mengisi masa yg terluang dengan bacaan ayat-ayat suci Al-quran, solat sunat atau beri'tiqaf. Aku dapat lihat berbagai jenis umat Islam dari pelbagai negara juga yg solat di situ .

Untuk Qiamullail pula akan diadakan pada beberapa hari awal , pertengahan dan akhir (iaitu malam ganjil)bulan Ramadhan. Waktu Qiamullail diadakan ialah 3am tapi kami akan bangun awal jam 2.30am untuk bersiap sedia menghadapkan diri kepada Allah s.w.t. di waktu ini kita dapat lihat keindahan di malam & subuh hari Masjid As-Syakirin yg tersergam indah, bandar KL yg sunyi sepi juga indah, taman-taman & ciptaan-NYA yg indah...Subhanallah. Apabila Qiamullail dimulakan, begitu syahdu bacaan dan zikir serta doa yang dibacakan, memang aku terasa ni'matnya bulan yang mulia ini Ya Allah. Aku teringat dihari akhir Qiamullail diadakan kerana hendak berakhirnya bulan Ramadhan...Ustadz yg mengimamkan kami pada masa itu memberitahu pada kami "Muslimin & Muslimat sekalian, Ramadhan bakal mengakhiri kita maka akan ditetapkanlah umur, rezeki, dugaan dan semuanya untuk kita pada tahun itu, marilah kita bersama-sama berdoa agar dapat dipanjangkan usia kita hingga ke bulan Rejab, Syaaban & Ramadhan yg seterusnya...kerana kita tidak akan tahu bagaimana usia/ rezeki selepas buku itu diangkat ke langit..." Memang menitis air mata aku, ada seorang makcik agaknya dah tak dapat tahan sebak tagisannya memang menyentuh hati ku dan para jemaah wanita yang lain, namun aku hanya mampu tunduk dan menahan rasa sebak di hati. Apabila sampai dipenghujung bulan yg mulia itu memang aku mengharapkan bahawa "alangkah bagusnya jika bulan ini dipanjangkan lagi" terasa diri ini cukup kerdil dan hina untuk mohon. Tetapi firman Allah s.w.t bahawa“Berdoalah kepada-Ku...” (Abu Daud dan at-Tirmidzi)membuatkan aku kuat untuk memohon dari-NYA.

Namun, hari terus berlalu hingga kini. Masa yang singkat, usia dan tanggungjawab meningkat juga menjadi dugaan bagiku yang merindukan keindahan bulan yg mulia ini. Alhamdulillah aku berkongsi pengalaman ini bersama suami yg tercinta dan ia menjadi pendorong & pembakar semangat kepada kami untuk mengisi ibadah di bulan mulia yg bakal tiba nanti.....Insyaallah.

Mudah-mudahan dibulan yg mulia nanti marilah bersama-sama kita menambah amal bakti kita kepada-NYA, mengabdikan diri kepada-NYA. Semoga kita diberi petunjuk & hidayah-NYA dan mendapat keredhaan-NYA amin...

Salam Ramadhan
~nours~

Ayat Kursi (Wakaf Sembilan)

Ayat Kursi (wakaf sembilan) ni sebenarnya ialah petikan dari ayat kursi. Masa dulu-dulu kat office dalam bulan Ramadhan selalu ada satu jam kelas agama, yg membimbing kami ialah Ustadz Affendi. Dalam salah satu ceramah beliau ada mengatakan bahawa ayat Kursi (wakaf sembilan) ini yg terbaik untuk diamalkan sebagai pendinding diri dan sebagainya. Maksud dari wakaf sembilan itu sebenarnya ialah semasa membaca ayat Kursi yg penuh kita akan wakaf di sembilan tempat bacaan iaitu seperti di atas.

Selamat Beramal

Manusia Oh Manusia !!!

1) Hari ini tergerak hati untuk berkongsi cerita tentang kegemaran sesetengah orang memandang rendah terhadap orang lain. Perasaan ini tak sepatutnya kita biasa amalkan kerana nanti boleh menjadi penyakit. Bila penyakit ni merebak mulalah kita merasa ego dan melebih-lebih depan orang. Banyak pengalaman Nour berhadapan dengan orang macam ini yang sering merasakan dirinya bagus teramat sangat sehinggakan kelebihan/ kekurangan orang lain tidak dihormati. Bak kata orang 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak bahasa menyesal tak guna' dan  'kerana mulut badan binasa'.... Kita perlu tahu bahawa masing-masing dikurniakan Allah s.w.t rezeki yg berbeza-beza, so tak perlulah kita nak compare diri kita dengan kemampuan orang lain. Kadangkala kita tidak perasan yg kelakuan kita menunjukkan kata hati yg mungkin boleh menyinggung orang lain.

2) Masa study dulu Nour pernah tengok ada student yang result exam memang power amat tapi bila dalam kelas relax jer, tak macam kita kena cocentrate lepas tu kena study, kena faham, kadang2 kena ingat...perghhhh...memang panjang proses tu. Ada kawan Nour ni nak cuba lah buat macam best student tu, tapi alamatnyer bila quiz/ exam memang hampeh result. Nour pun nasihatkan lah kita jangan ikut orang beb sebab kemampuan kita lain-lain. Kalau macam Nour ni kena selalu buka buku baru boleh ingat, tapi kalau buka buku masa terdesak memang mengingat ajer lah. Ada yang kawan suka grouping dengan kawan pandai ajer sampai persahabatan pun ditinggalkan. Tapi memang style Nour tak suka compare dengan kawan-kawan. Nour dari dulu sampai sekarang memang berpegang kepada "DO YOUR BEST THAN EVER" tetapi kenalah kita buat yg terbaik dari sebelumnya. Sebab kalau Nour compare dengan kawan-kawan pressure akan datang lepas tu mulalah migrain semua berbagai mai. Alhamdulillah even now Nour further study inilah yg dipraktikkan so NO STRESS ... tetapi bila dengar kawan-kawan dok tanya result sana sini hangin jugak..tapi sabar jer lah.

3) Dari segi kemampuan finance lain pulak. Orang tengiok keta besau, rumah besau tak tahu hutang pun besau. Ada yang berkawan dengan yg sestandard dengannya sahaja so yg lain tu dianggap tak setaraf...ada ke patut??? ada lagi orang zaman batu ni. Ada yg act dengan title, position macam-macam lagi lah, dan ada satu lagi pasal anak pun ada. Manusia ni sungguh unik org belum kawin tanya bila nak kawin? dah kawin tanya bila nak dapat anak? dah dapat anak (kalau nakal) tanya anak siapa lah ni? Kalau dah berumur sangat org tanya hidup lagi si sipulan tu? habis semua tak pernah dirasa cukup, bertanya jer kojer.... Yang Nour selalu tengok orang dok tanya bila nak kawin kat anak-anak dara, kesian dia org diam tak berkata pun..tapi kadang2 Nour nyampuk jugak Insyaallah kan si... :)

Kepada sesiapa yg pernah atau bakal menghadapi situasi di atas ni atau situasi lain jangan risau, kita kena ingatkan diri apa sahaja orang pandang atau orang tanya 'kembalilah kepada Allah' iaitu dengan menyelitkan sebutan yg ada nama Allah dan 'Untuk mematikan fikiran/andaian sesorang itu ingatlah ayat-ayat Allah'. Contohnya:

a) bila nak kahwin/ berzuriat/ bertunang ?.... jawablah Insyaallah jangan jawab belum masa lagi /xde rezeki lagi, sebab kita tak tahu rezeki ada di mana-mana & bila-bila masa

b) Kalau takut dgn orang...mulakan 'Assalamualaikum w.b.t' atau sebut Ya Latif..

Akhir kata "Layanilah saudara kita sebagaimana kita mahu diri ini dilayani"  Mudah-mudahan kita diberi ilmu dan kekuatan untuk menghadapinya..

Sunday, August 8, 2010

Adab Memotong Kuku


Aturan:

1) Imam Nawawi mengatakan bahawa sunat memotong kuku tangan dahulu kemudian kuku kaki

2) Dimulai dgn memotong kuku di jari tangan kanan

3) Bermula dari jari telunjuk dan akhir sekali ialah ibu jari kanan

4)Disambung jari kelingking tangan kiri hingga ibu jari tangan kanan

5) Kuku itu seelok-eloknya ditanam & tidak dibuang merata-rata (kerana kuku juga sebahagian tubuh badan anak Adam & perlu dijaga kemuliaannya.

Daripada Abu Hurairah r.a Rasullullahs.a.w bersabda bermaksud:
'Nabi s.a.w menggunting kumis dan memotong kuku setiap hari Jumaat, pagi-pagi sebelum Baginda solat Jumaat'

untuk dikongsi bersama sumber dari buku: Hadiah Buat Muslimah oleh Ustazah Siti Norbahyah

Pantun Meminang/ Bertunang

Buah lako di atas tanah
Jatuh berserak di celah rumput
Assalamualaikum ampunya rumah
Kami datang tidak berjemput.

Anak ayam di tepi belukar
Bermain meniti di pokok tumbang
Sila naik duduk di tikar
Maafkan kami layanan kurang.

Rumput-rampai ditepi telaga
Tumbuh menjalar ke tengah padang
Jemputlah minum hilangkan dahaga
Jamahlah kuih-muih yg terhidang.

Simpan ragi di dalam cawan
Ragi dimasak di dalam peti
Berapa tinggi gunugn mengawan Tinggi lagi harapan hati.

Cek Dollah membuat ladam
Ladam kudan di atas tungku
Rasa bersalah menyimpan dendam
Sila sebutkan satu persatu.

Hisap rokok tembakau cina
Asap keluar berbunga-bunga
Jika tak salah kami bertanya
Bunga di taman sudahkah berpunya?

Kacang hijau dibuat inti
Pisang salai dalam perahu
Bunga di taman masih sunti
Mengaji tak pandai ke dapur tak tahu.

untuk dikongsi bersama sumber dari:Pantun Warisan Rakyat

Friday, August 6, 2010

Pantun Yg Banyak Sudah Lupa..'Intro'

Hari ini kita baca buku yg Boss simpan dalam gobok office hehehe..bila dibaca-baca buku ini memang best. Ia mengenai pantun dulu kala, buku tu namanya "Pantun Warisan Rakyat". Masa baca buku tu seronok melihat ayat orang Melayu dulu kala berpantun, penuh adat resam, lawak, kiasan, sindiran pun ada tau. Teringat pulak kalau masa nak bertunang atau kahwin dulu buat pantun macam ni mesti terasa macam Puteri Gunung Ledang punyer. Macam mana ek nak share??? ermmmm.....ok nanti kita postkan session by session ok hehehe....

Untuk permulaan kita kongsikan petikan pantun ni dulu eah:

Minta daun diberi daun
Dalam daun ada bidara
Minta pantun diberi pantun
Dalam pantun ada bicara

Apa macam??? baru 'intro' ok ker??? faham tak??? harap-harap faham la yer sebab lepas ni punya pantun memang berkias-kias ok...Bukan apa, kita nak share pantun-pantun ni sebab alangkah indahnya adat Melayu dikekalkan dalam apa-apa saja majlis, mesti nampak molek kan??? Dan penuh sentimental value..okeylah ..akhir kata dari kita hari ni:

"Budi Bahasa Adat Kita & Pantun Warisan Kita juga" ....

Thursday, August 5, 2010

Resepi Perkahwinan Bahagia

BAHAN-BAHANNYA:

2kg              Penuh pegangan teguh kepada Tuhan & ajaran-NYA
1kg              Rasa cinta & kasih sayang yang sentiasa membara
1kg              Rasa kesyukuran & ketakwaan
4cawan       Rasa tanggungjawab
3cawan       Daya penambat hati (daya tarikan penawar & pelembut hati)
2 cawan      Penuh pujian, kemesraan & gurau senda
2cawan       Pati kemanusiaan
2 cawan      Kenyakinan diri, dorongan & sokongan
1 cawan      Rasa kepuasan
1 cawan      Budi bahasa
1 cawan      Perasaan timbang rasa
1 cawan      Tolak ansur diatas kesilapan & kelemahan pasangan
2 gelas        Ucapan terima kasih untuk disiram selalu
1 sukatan   Peruntukan kewangan yg mencukupi
2 org           Anak-anak kecil sekurang-kurangnya
4 cawan      Penuh pengucapan maafkan daku
Secubit       Campur tangan mertua.
                    Curahkan kerjasama,persediaan kerja berpasangan & perkongsian


CARA MEMBUAT & MENGAMALKANNYA:

1)    Kita adun dengan cermat semua bahan-bahan di atas & asingkan rasa cemburu, curiga, sikap mengkritik, sikap marah dan sakit hati.

2)     Isingkan dengan bunga-bunga cinta yg segar & panaskan dgn bara api kesetiaan &  kejujuran

3)     Hiaskan dgn dua orang anak kecil (Insyaallah) dan bolehlah ditambah mengikut selera  & kemampuan diri masin-masing

Petikan dari buku ini untuk dikongsi bermsama: Hadiah Buat Muslimah (oleh Ustazah Siti Nor Bahayah & Pn. Ida Ezyani)