1) Hari ini tergerak hati untuk berkongsi cerita tentang kegemaran sesetengah orang memandang rendah terhadap orang lain. Perasaan ini tak sepatutnya kita biasa amalkan kerana nanti boleh menjadi penyakit. Bila penyakit ni merebak mulalah kita merasa ego dan melebih-lebih depan orang. Banyak pengalaman Nour berhadapan dengan orang macam ini yang sering merasakan dirinya bagus teramat sangat sehinggakan kelebihan/ kekurangan orang lain tidak dihormati. Bak kata orang 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak bahasa menyesal tak guna' dan 'kerana mulut badan binasa'.... Kita perlu tahu bahawa masing-masing dikurniakan Allah s.w.t rezeki yg berbeza-beza, so tak perlulah kita nak compare diri kita dengan kemampuan orang lain. Kadangkala kita tidak perasan yg kelakuan kita menunjukkan kata hati yg mungkin boleh menyinggung orang lain.
2) Masa study dulu Nour pernah tengok ada student yang result exam memang power amat tapi bila dalam kelas relax jer, tak macam kita kena cocentrate lepas tu kena study, kena faham, kadang2 kena ingat...perghhhh...memang panjang proses tu. Ada kawan Nour ni nak cuba lah buat macam best student tu, tapi alamatnyer bila quiz/ exam memang hampeh result. Nour pun nasihatkan lah kita jangan ikut orang beb sebab kemampuan kita lain-lain. Kalau macam Nour ni kena selalu buka buku baru boleh ingat, tapi kalau buka buku masa terdesak memang mengingat ajer lah. Ada yang kawan suka grouping dengan kawan pandai ajer sampai persahabatan pun ditinggalkan. Tapi memang style Nour tak suka compare dengan kawan-kawan. Nour dari dulu sampai sekarang memang berpegang kepada "DO YOUR BEST THAN EVER" tetapi kenalah kita buat yg terbaik dari sebelumnya. Sebab kalau Nour compare dengan kawan-kawan pressure akan datang lepas tu mulalah migrain semua berbagai mai. Alhamdulillah even now Nour further study inilah yg dipraktikkan so NO STRESS ... tetapi bila dengar kawan-kawan dok tanya result sana sini hangin jugak..tapi sabar jer lah.
3) Dari segi kemampuan finance lain pulak. Orang tengiok keta besau, rumah besau tak tahu hutang pun besau. Ada yang berkawan dengan yg sestandard dengannya sahaja so yg lain tu dianggap tak setaraf...ada ke patut??? ada lagi orang zaman batu ni. Ada yg act dengan title, position macam-macam lagi lah, dan ada satu lagi pasal anak pun ada. Manusia ni sungguh unik org belum kawin tanya bila nak kawin? dah kawin tanya bila nak dapat anak? dah dapat anak (kalau nakal) tanya anak siapa lah ni? Kalau dah berumur sangat org tanya hidup lagi si sipulan tu? habis semua tak pernah dirasa cukup, bertanya jer kojer.... Yang Nour selalu tengok orang dok tanya bila nak kawin kat anak-anak dara, kesian dia org diam tak berkata pun..tapi kadang2 Nour nyampuk jugak Insyaallah kan si... :)
Kepada sesiapa yg pernah atau bakal menghadapi situasi di atas ni atau situasi lain jangan risau, kita kena ingatkan diri apa sahaja orang pandang atau orang tanya 'kembalilah kepada Allah' iaitu dengan menyelitkan sebutan yg ada nama Allah dan 'Untuk mematikan fikiran/andaian sesorang itu ingatlah ayat-ayat Allah'. Contohnya:
a) bila nak kahwin/ berzuriat/ bertunang ?.... jawablah Insyaallah jangan jawab belum masa lagi /xde rezeki lagi, sebab kita tak tahu rezeki ada di mana-mana & bila-bila masa
b) Kalau takut dgn orang...mulakan 'Assalamualaikum w.b.t' atau sebut Ya Latif..
Akhir kata "Layanilah saudara kita sebagaimana kita mahu diri ini dilayani" Mudah-mudahan kita diberi ilmu dan kekuatan untuk menghadapinya..
Monday, August 9, 2010
Manusia Oh Manusia !!!
Posted by Nour at 12:09 AMLabels: My Journey
Subscribe to:
Post Comments (Atom)











0 comments:
Post a Comment