Wednesday, August 18, 2010

Keindahan Disebalik Doa Solat Tahajjud

Ya Allah!
Bagi Mu kepujian,
Engkau cahaya di langit dan di bumi,
Bagi Mu kepujian yang mendirikan langit dan bumi
Bagi Mu kepujian Tuhan dilangit dan dibumi dan segala yang terkandung padanya.

Ya Allah!
Engkau yang Maha Besar,
Janji Mu adalah benar,
syurga Mu adalah benar,
neraka Mu adalah benar, dan
Hari kiamat Mu adalah benar, dan
Muhammad adalah benar.


Ya Allah!
Kepada Mu aku telah berserah, dan
Dengan Mu aku beriman, dan
Kepada Mu aku bertawakal, dan
Kepada Mu aku bertaubat, dan
Kepada Mu aku mengadu, dan
Kearah Mu aku menghakimi,
Ampunilah dosa-dosa yang telah aku dahulukan dan kemudianka, dan
Dirahsiakan dan dilahirkan,
Engkaulah yang Maha Awal, dan
Engkaulah yang Maha Akhir tiada Tuhan melainkan Mu Ya Alla.

Ya Allah!
Tuhan Jibril, Mikail, Israfil,
Yang menciptakan langit dan bumi,
Yang mengetahui segala yang ghaib dan yang zahir,
Engkaulah yang mengadili antara hamba Mu pada perkara yang mereka berselisihan,
Hidayatkanlah kepadaku suatu kebenaran pada perkara yang mereka berselisihan dengan izin Mu,
Sesungguhnya Engkau yang memberi hidayat kepada sesiapa yang Engkau mahu ke arah jalan yang lurus.

Sumber dari buku untuk dikongsi bersama:
Doa-doa eksklusif oleh Datuk Hj. Rashid Redza dan Hj. Md. Salleh (Mufti Melaka)

0 comments:

Post a Comment