Wednesday, August 3, 2011

Antara Ishraq & Dhuha

Assalam Semua Saudara-saudara ku sekalian,

Semoga dibulan yang penuh berkah ini membawa seribu keinsafan kepada kita untuk lebih mendekatkan diri kepada Maha Pencipta dan insyaallah mudah-mudahan segala ibadat dan muamalah kita pada bulan yang mulia ini untuk mendapat keredhaan NYA & menjadi amalan selama-lamanya.

Antara solat sunat Israq dan Dhuha. Apa bezanya? Apa persamaannya? Apa faedahnya?

Solat Sunat Israq
- Ia dikerjakan pada waktu pagi sesudah naik matahari yang tingginya kira-kira 10 kaki iaitu anggaran waktunya ialah antara jam 8.00 pagi sehingga 8.30 pagi.

- Solat sunat ini memberi ganjaran pahala yang besar bagi seisapa yg mengerjakannya, ia berpandukan kepada hadith Nabi s.a.w :
"Sesiapa solat subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kpd Allah s.w.t sehingga naik matahari dan mengerjakan solat 2 rakaat, adalah baginya pahala seperti Haji dan Umrah yang sempurna."
-Dimulakan dengan niat :



"Sahaja aku solat sunat israq 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
 
-Kemudian solat sunat seperti biasa. Cuma ayat pada rakaat pertama dibaca surah Al-Fatiha & Al-Kafirun ; rakaat ke-2 surah Al-Fatiha & Al-ikhlas

-Sesudah salam bacalah doa di bawah :



"SEGALA PUJI-PUJIAN BAGI ALLAH YANG MENJADIKAN HARI INI ELOK DINAIKKAN MATAHARI DAN TEMPATNYA. YA ALLAH, BERIKANLAH KEPADA KU KEBAIKAN HARI INI DAN JAUHKANLAH AKU DARI KEBURUKKANNYA. YA ALLAH CAHAYAKANLAH HATIKU DENGAN CAHAYA PETUNJUK MU, SEBAGAIMANA KAU TERANGI BUMI DENGAN CAHAYA MATAHARI MU SELAMA-LAMANYA DENGAN RAHMAT MU YA ALLAH"
 

 Solat Sunat Dhuha
- Ia dikerjakan selepas waktu Solat Sunat Israq sehingga gelincir matahari masuk waktu zuhur. 
- Ia boleh dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaatSayyidatina Aishah berkata :
"Adalah Rasulullah s.a.w solat sunat dhuha 4 rakaat & menambah seberapa yang dikehendaki."
(sekurang-kurangnya solat ini dilakukan 2 rakaat, selebihnya 4-8 rakaat dengan setiap 2 rakaat satu salam)

-Dimulakan dengan niat :



"Sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala" "
 
-Kemudian solat sunat seperti biasa. Cuma ayat pada rakaat pertama dibaca surah Al-Fatiha &Washshamsi Wadhuhaha; rakaat ke-2 surah Al-Fatiha & Wallaili iza yaghsha (maaf saya tidak dapat terjemahkan niat ke bahasa arab)

-Sesudah salam hendaklah dibaca tasbih dan doa tasbih sebanyak 10 kali :

 

"Maha Suci Allah, segala puji-pujian bagi Allah tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar, Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Besar, Pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan sepanjang-panjang kekalnya kekuasaan Allah"


- Kemudian bacalah doa tersebut :
   

"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha waktu Dhuha Mu, Cahayanya cahaya Mu, Keindahannya keindahan Mu, Kekuatannya kekuatan Mu, Ya Allah sekiranya rezeki ku ada dilangit maka tunrunkannya, jika ada dibumi keluarkannya, jika adanya jauh maka perdekatkannya dan jika ada hampir maka kau permudahkannya dengan kebenaran Dhuha Mu, Cahaya Mu, Kekuatan Mu, dan Kesucian Mu, berkatilaj krpadaku sebagaimana Kau berikan kepada hamba-hamba Mu yang soleh. 
 


Mudah-mudahan kita beroleh petunjuk & hidayah NYA....

~sumber untuk dikongsi bersama dari buku Mutiara Amal, Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia~ 


0 comments:

Post a Comment