Wednesday, July 6, 2011

AKU BENCI ORANG TAMAK!!!!

Tamak betul!!!! tak sangka dalam dunia yang serba serbi ini orang yang terpelajar pun boleh hilang 'ETHICS'nya. Bak kata orang, BELAJAR SAJA TINGGI TAPI AKAL PENDEK. Kenapa ada sesetengah manusia di atas dunia ini yang terpelajar tetapi suka mengambil kesempatan ke atas orang lain???? Apa gunanya ilmu itu? tak akan simpan buat buku sahaja? Janganlah pandang rendah pada orang lain, walaupun orang lain itu tidak berpelajaran tinggi tetapi tahap kesedarannya lebih jauh BERAKAL. Kenapa perlu ada penipuan ini? Sampai sanggup menggunakan nama orang lain untuk mengaut keuntungan yang berlipat-lipat kali ganda?

Ramai yang mungkin tidak sedari bahawa jika kita mempunyai niat yang tidak baik, walaupun sekecil-kecil sang semut pun memang akan ditimbang nanti. Tidak kiralah apa jenis bangsa sekali pun, semua agama mengajar kepada kebaikan. Bila difikir-fikirkan balik, manusia ni masih tidak sedar diri lagi jika sudah senang, kaya-raya tapi masih mahu lagi memakan harta / songlap harta anak yatim. Tidak sedarkah kamu? Kenapa mesti mengambil hak orang lain yang memang dilarang Allah. Tidak takutkah kita dengan hukum Allah? Tidak cukup azabkah kita rasa? Ingatlah, kalau kita memakan harta anak-anak yatim atau mengambil hak mereka, ia tetap akan dituntut kelak, hanya lambat atau cepat sahaja hukuman dari Allah tu.

Dan fikir-fikirkanlah bahawa hasil itu akan diperturunkan kepada keturunan-keturunan kamu, sanggupkah tengok keturunan kita hidup di atas hasil yang haram? tergamakkah kita melihat semua itu? Mungkin semua ini tidak difikirkan oleh kamu sekarang, tetapi kamu akan selalu teringatkannya bila masa kamu hampir tiba nanti, di mana mulut kamu akan terkunci dan hati kamu akan dibutakan untuk kembalikan semuanya. Walau air yang dicincang tidak akan putus tetapi walau sekecil mana pun hak yang kamu ambil itu tetap akan ditimbang. Kami doakan agar kamu insaf dan kembali ke pangkal jalan. Janganlah mendambarkan janji-janji yang tidak pasti oleh orang-orang lain yang dahagakan harta kamu.

0 comments:

Post a Comment